LATAR BELAKANG TADIKA ISLAM SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
- Ditubuhkan pada tahun 2000.
- Diasaskan oleh Puan Rahilah Akhtar Husin.
- Berdaftar di bawah akta pelajaran 1961, Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan nombor pendaftaran BOB 7001.
- Penubuhan TISAAS merupakan kesinambungan daripada penubuhan sekolah rendah.
- Penubuhan tadika ini tercetus apabila Puan Rahilah mula berfikir bahawa penerapan ilmu daripada peringkat 5 dan 6 tahun adalah penting. Ini kerana, pada umur ini kanak-kanak sedang mengalami satu proses penerimaan ilmu. Lebih-lebih lagi, ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan cintakan sekolah.
OBJEKTIF TISAAS
- Seimbang dari segi akademik dan islamik.
- Melahirkan kematangan emosi, kemahiran bersosial, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Penguasaan agama yang mantap dan para pelajar akan dididik untuk mempraktikkannya dalam kehidupana seharian mereka.
- Membentuk sahsiah pelajar.
KELEBIHAN TISAAS
- Tisaas menjanjikan pelajar akan pandai membaca, mengira dan menghafal surah-surah pilihan serta doa seawal usia 5 tahun lagi.
- Guru yang berdedikasi dan cara penyampaian yang mantap memberi kepuasan kepada ibu bapa yang memilih TISAAS sebagai pilihan untuk anak masing-masing.
- Silibus yang seimbang dari segi akademik dan islamik akan berjaya melahirkan pelajar yang mantap dari segi ilmu dunia dan akhirat.
- Kurikulum yang universal, terancang dan terkini selaras dengan Pendidikan Alaf 21.
- Memudahkan pelajar untuk memasuki Tahun 1.
- Kemudahan infrastruktur yang lengkap.
- Yuran yang berpatutan.
- Pendaftaran terbuka untuk pelajar 5 & 6 tahun
SESI PERSEKOLAHAN :
ISNIN-KHAMIS
- SESI PAGI: 8.00 PG – 12.00 TGH HARI
- JUMAAT
- SESI PAGI: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI
|